KLINIK KERJAYA: Kursus Pengucapan Awam

15 & 16 JANUARI 2022 | 9.00 Pagi – 5.00 Petang
Alhamdulillah selesai Program KLINIK KERJAYA: Kursus Pengucapan Awam yang telah dijalankan selama 2 hari oleh Encik Fadzly Johar yang merupakan seorang Jurulatih Kanan Kelab Pidato Perdana Antarabangsa (KEPENTAS). Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom.
Kursus ini telah melibatkan seramai 57 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa, graduan, dan pencari kerja sekitar Negeri Perak. Para peserta diperkenalkan dengan 7 Kunci Pengucapan Awam seperti Stage Time, Struktur, Aksi, Pembuka dan Penutup yang Power, Engagement, Vokal serta Deliberate Pratice.
Peserta didedahkan dengan asas pengucapan awam serta teknik komunikasi berkesan bagi meningkatkan lagi keyakinan diri para graduan dan pencari kerja di samping lebih berketrampilan dalam bertutur professional.
Pada sesi berikutnya, peserta juga diperkenalkan dengan Kemahiran Komunikasi Khusus seperti kemahiran menjawab soalan semasa temuduga, kemahiran meminta dan menyampaikan maklumbalas berkesan di tempat kerja serta Kemahiran berkomunikasi di tempat kerja. Kemahiran Komunikasi Khusus ini adalah panduan untuk para peserta berkomunikasi di tempat kerja dengan lebih yakin.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Fadzly Johar, atas kesudian berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat, dan mudah difahami oleh para peserta yang terlibat. Terima kasih juga diucapkan kepada peserta atas kesudian menghadirkan diri. Semoga apa yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi nilai tambah kepada diri peserta yang hadir, serta dapat membantu pencari kerja dalam mencari pekerjaan.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*