KURSUS PENGHASILAN VIDEO MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR

19 OGOS 2022 | 4.00 petang – 6.00 petang
Selesai sudah Program Klinik Kerjaya: Kursus Penghasilan Video Menggunakan Telefon Pintar sempena Sambutan Hari Belia Negara Daerah Lenggong yang telah dijalankan oleh Encik Afzam Zulkifele iaitu Pengarah Teknikal USASTV di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). Program ini telah dijalankan secara fizikal di Kompleks Aku Budak Lenggong (ABL), Lenggong. Kursus ini melibatkan peserta yang terdiri daripada para pelajar, belia dan usahawan muda daripada Daerah Hulu Perak.
Peserta didedahkan tentang asas rakaman video, cara membuat logo secara percuma, dan aplikasi-aplikasi untuk menghasilkan video, serta fungsi-fungsi yang terdapat di dalam aplikasi tersebut.
Terima Kasih diucapkan kepada Encik Afzam Zulkifele atas kesudian berkongsi idea yang sangat bermanfaat, menarik dan mudah difahami oleh peserta yang terlibat. Terima kasih juga kepada peserta atas kesudian menghadirkan diri. Semoga semua ilmu yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi nilai tambah kepada diri peserta yang hadir, serta dapat membantu pencari kerja dalam mencari pekerjaan.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka

Kongsikan Artikel ini:

Tentang PASAK

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) merupakan agensi yang dimiliki penuh oleh Kerajaan Negeri Perak di bawah Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia yang bermatlamat melahirkan tenaga mahir bagi memenuhi keperluan pelbagai sektor dalam dan luar negeri. Follow kami di facebook page Pusat Aspirasi Anak Perak – PASAK untuk mendapatkan makluman berita terkini tentang program-program PASAK.

Artikel Terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *