KLINIK KERJAYA: KURSUS PEMASARAN DIGITAL SIRI 6

15 & 16 MAC 2022, 9.00 Pagi – 5.00 Petang
Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah melaksanakan Program KLINIK KERJAYA: Kursus Pemasaran Digital Siri 6 selama dua hari menerusi platform Zoom Meeting. Coach Hadi Salleh, Jurulatih Bertauliah dalam bidang Pemasaran Digital berperanan dalam membentang dan menerangkan asas dalam pemasaran digital untuk program ini.
Seramai 50 peserta yang terdiri daripada golongan graduan, pekerja awam, dan usahawan-usahawan di sekitar negeri Perak telah hadir ke kursus yang dilangsungkan secara dalam talian ini. Walaupun ia dilaksanakan secara maya, namun komunikasi interaktif antara penceramah dengan peserta turut dapat diutarakan sepanjang kursus ini berlangsung.
Penceramah telah mendedahkan konsep-konsep pemikiran kritis sebelum diteruskan dengan huraian topik Business Model Canvas (BMC), Pemasaran Facebook, Pemasaran Lazada, Pembinaan Laman Sesawang Percuma, _Copywriting,_ dan Search Engine Optimization (SEO). Topik-topik yang dibentangkan ini membantu para peserta untuk memulakan, merancang, dan meluaskan perniagaan menerusi pelbagai platform pasaran maya.
PASAK menzahirkan ribuan terima kasih kepada Coach Hadi Salleh atas perkongsian ilmu yang bermanfaat ini dengan cara yang menarik serta mudah difahami. Diharapkan semoga kursus yang dianjurkan PASAK ini dapat memberi nilai tambah kepada para peserta khususnya warga Perak agar dapat melahirkan masyarakat yang mahir serta berdaya saing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*