KLINIK KERJAYA: KURSUS PEMANTAPAN BAHASA INGGERIS (RECEIVE PRONUNCIATION & VISUME)

8 & 9 FEBRUARI 2021 (Selasa & Rabu), 9.00 Pagi – 5.00 Petang
Alhamdulillah selesai Program Klinik Kerjaya: Pemantapan Bahasa Inggeris (Receive Pronunciation & Visume) yang telah dijalankan oleh Encik Muhd Syahir Abdul Rani, Puan Nurul Nadwa Ahmad Zaidi dan Cik Mahfuzah Rafek, pensyarah-pensyarah daripada UiTM Perak Kampus Tapah. Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom.
Kursus ini telah melibatkan seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada graduan, belia, pencari kerja dan pekerja-pekerja di sekitar Negeri Perak. Bagi hari pertama, peserta didedahkan dengan konsep Video Resume (Visume). Video Resume adalah ringkasan daripada resume konvensional (dicetak) mengenai diri, pengalaman profesional, kelayakan dan kelebihan pemohon yang diserahkan kepada majikan dalam bentuk video.
Untuk hari kedua, peserta didedahkan tentang tips persediaan temuduga serta bagaimana untuk menangani rasa ketakutan ketika berkomunikasi. Peserta juga didedahkan tentang “Received Pronunciation”, iaitu cara-cara berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan lebih baik.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Muhd Syahir Abdul Rani, Puan Nurul Nadwa Ahmad Zaidi dan Cik Mahfuzah Rafek, pensyarah-pensyarah daripada UiTM Tapah, atas kesudian berkongsi idea yang sangat bermanfaat, menarik, dan mudah difahami oleh para peserta yang terlibat. Terima kasih juga diucapkan kepada peserta atas kesudian menghadirkan diri. Semoga apa yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi nilai tambah kepada diri peserta yang hadir, serta dapat membantu pencari kerja dalam mencari pekerjaan.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*