KLINIK KERJAYA: Kursus Microsoft

25 JANUARI 2022 | 9.00 Pagi – 5.00 Petang 

Alhamdulillah selesai Program KLINIK KERJAYA: Kursus Microsoft yang telah dijalankan oleh Encik Rasyidi Bin Johan, Timbalan Pengarah Pusat Alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom.
Kursus ini telah melibatkan seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada graduan, belia, pencari kerja dan pekerja-pekerja di sekitar Negeri Perak. Para peserta didedahkan dengan Office Application dan Microsoft Word seperti Microsoft Word Environment.
Peserta didedahkan dengan cara Creating Word Document dengan lebih terperinci seperti menyediakan memo dan report. Untuk memastikan para peserta lebih memahami Creating Word Document, peserta diperkenalkan dengan cara Creating Mail Merge serta Creating Word Template.
Pada sesi berikutnya, peserta mula didedahkan dengan Microsoft Excel yang ditekankan pada Microsoft Excel Environment. Bagi memantapkan lagi pemahaman para peserta berkaitan penggunaan Microsoft Excel, mereka diperkenalkan dengan Working with Excel Workbook. Peserta diajar cara Inserting Sheet, Creating Budgeting worksheet, Linking worksheet dan Creating Excel Template.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Rasyidi Bin Johan atas kesudian berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat, dan mudah difahami oleh para peserta yang terlibat. Terima kasih juga diucapkan kepada peserta atas kesudian menghadirkan diri. Semoga apa yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi nilai tambah kepada diri peserta yang hadir, serta dapat membantu pencari kerja dalam mencari pekerjaan.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.
Ikuti kami di media sosial:
🔗 Website : https://perakpasak.org/
👍 Facebook : https://www.facebook.com/talentperakpage
🐦 Twitter : https://twitter.com/perakpasak
🤳 Instagram : https://www.instagram.com/perakpasak
📝 Telegram : https://t.me/perakpasak
📱 Tiktok : http://tiktok.com/@perakpasak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*