KLINIK KERJAYA: KURSUS MICROSOFT EXCEL (ADVANCE) SIRI 3

1 & 2 FEBRUARI 2022 (Selasa & Rabu), 9.00 Pagi – 1.00 Petang
Alhamdulillah selesai Program Klinik Kerjaya: Kursus Microsoft Excel (Advance) Siri 3 yang telah dijalankan oleh Cik Karen Cheah , Jurulatih Bertauliah PSMB yang giat melibatkan diri dalam bidang Microsoft Office Traing dan Consulting selama lebih 18 tahun. Program ini dijalankan selama 2 hari secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom.
Kursus ini telah melibatkan seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada graduan, belia, pencari kerja dan pekerja-pekerja di sekitar Negeri Perak. Bagi hari pertama, peserta didedahkan dengan Data Visualization bagi memastikan peserta memahami kepelbagaian fungsi Microsoft Excel. Peserta juga didedahkan dgn useful function in Data Visualization untuk memudahkan peseta mengaplikasikan ilmu-ilmu yang telah dipelajari.
Untuk hari kedua, peserta diperkenalkan dengan Data Analysis seperti menyusun data, mengira data, menyediakan data bagi memudahkan proses menganalisa data. Kursus Microsoft Excel ini juga mendedahkan peserta tentang cara memasukkan data dari pelbagai sumber seperti pangkalan data dan website. Selain itu, peserta didedahkan juga tentang pembersihan data, integrasi Excel kepada Word, 3D Summary, fungsi vlookup dan IF. Peserta juga turut diberi latihan oleh penceramah bagi mengukur tahap kefahaman mereka.
Program Klinik Kerjaya kali ini telah dihadiri dan dirasmikan penutupannya oleh Encik Fikri Junit, Pengurus Besar Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) yang dalam ucapan beliau turut menekankan pada para peserta agar sentiasa cakna dengan program-program yang dianjurkan pihak PASAK untuk belia, mahasiswa dan pencari kerja di sekitar Perak. Pengurus Besar PASAK juga mengharapkan para peserta untuk terus mengikuti program-program ini yang mampu membantu masyarakat untuk menambah kemahiran dan skill yang diperlukan terutamanya di pasca covid-19 ini. Selain itu, Pengurus Besar PASAK turut menasihatkan para peserta untuk mendaftar dengan PASAK agar PASAK dapat menyediakan program-program mengikut keperluan belia, mahasiswa dan pencari kerja, di samping dapat mewar-warkan kekosongan jawatan yang terdapat di sekitar Perak.
Terima kasih diucapkan kepada Cik Karen Cheah, Jurulatih Bertauliah PSMB, atas kesudian berkongsi idea yang sangat bermanfaat, menarik, dan mudah difahami oleh para peserta yang terlibat. Terima kasih juga diucapkan kepada peserta atas kesudian menghadirkan diri. Semoga apa yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi nilai tambah kepada diri peserta yang hadir, serta dapat membantu pencari kerja dalam mencari pekerjaan.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*