KLINIK KERJAYA – KURSUS ASAS REKA GRAFIK SIRI 4

KLINIK KERJAYA - KURSUS ASAS REKA GRAFIK SIRI 4

26 & 27 Januari 2022 | 9.00 Pagi – 1.00 Petang
Alhamdulillah selesai Program KLINIK KERJAYA: Kursus Reka Grafik Siri 4 yang telah dijalankan oleh Puan Siti Rozanae, Pensyarah Kanan UiTM Perak Kampus Tapah. Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom.
Kursus ini telah melibatkan seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada graduan, belia, pencari kerja dan pekerja-pekerja di sekitar Negeri Perak. Software β€œInkscape” dan “Canva” digunakan untuk kursus ini bagi memberi pendedahan asas kepada peserta tentang reka grafik.
Peserta didedahkan dengan konsep layer, objek dan warna. Para peserta juga diminta untuk membuat tugasan iaitu membuat beberapa poster berkaitan perniagaan dan program-program anjuran PASAK bagi memastikan para peserta memahami ilmu yang disampaikan.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Siti Rozanae atas kesudian berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat dan mudah difahami oleh para peserta yang terlibat. Terima kasih juga diucapkan kepada peserta atas kesudian menghadirkan diri. Semoga apa yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi nilai tambah kepada diri peserta yang hadir, serta dapat membantu pencari kerja dalam mencari pekerjaan.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.
Ikuti kami di media sosial:
πŸ”— Website : https://perakpasak.org/
πŸ‘ Facebook : https://www.facebook.com/talentperakpage
🐦 Twitter : https://twitter.com/perakpasak
🀳 Instagram : https://www.instagram.com/perakpasak
πŸ“ Telegram : https://t.me/perakpasak
πŸ“± Tiktok : http://tiktok.com/@perakpasak
πŸ“ƒ Linkedin : linkedin.com/company/perakpasak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*