KURSUS ASAS GUNTING RAMBUT SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA DAERAH LENGGONG

20 OGOS 2022 | 10.00 PAGI – 2.00 PETANG
Selesai sudah Program Kursus Asas Gunting Rambut bertempat di Dataran Lenggong telah dijalankan bersama tenaga pengajar dari IGB Training. Kursus ini melibatkan 20 orang peserta yang terdiri daripada belia, dan pencari kerja daerah Lenggong.
Peserta didedahkan dengan pelbagai ilmu berkaitan menggunting rambut lelaki dan perempuan. Antara ilmu yang dikongsikan adalah cara menggunting rambut lelaki, cara menggunting rambut perempuan serta amali menggunting rambut menggunakan patung berambut palsu. Ini supaya peserta dapat mempraktikkan segala cara asas yang telah diajar secara terus ke atas patung tersebut supaya menjadi latihan kendiri kepada peserta yang hadir. Peserta juga diberikan set peralatan menggunting rambut percuma.
Terima Kasih diucapkan kepada pengajar dari IGB Training yang telah hadir untuk melatih peserta yang terlibat. Terima kasih juga kepada peserta atas kesudian menghadirkan diri. Semoga semua ilmu yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi nilai tambah kepada diri peserta yang hadir, serta dapat membantu pencari kerja dalam mencari pekerjaan.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Kongsikan Artikel ini:

Tentang PASAK

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) merupakan agensi yang dimiliki penuh oleh Kerajaan Negeri Perak di bawah Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia yang bermatlamat melahirkan tenaga mahir bagi memenuhi keperluan pelbagai sektor dalam dan luar negeri. Follow kami di facebook page Pusat Aspirasi Anak Perak – PASAK untuk mendapatkan makluman berita terkini tentang program-program PASAK.

Artikel Terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *