Kursus Penulisan Resume dan Persediaan Temuduga.
3 Disember 2022 | 9.00 pagi – 4.30 petang
Telah berlangsung program Klinik Kerjaya bersama Pihak Quest International University yang melibatkan seramai 20 orang belia sekitar daerah Kinta.
Antara pengisian program ini adalah Taklimat berkaitan Tips Penulisan Resume yang disampaikan oleh pihak QIU dan Tips Persediaan Temuduga yang telah disampaikan oleh Encik Amirul Zahiruddin dan Encik Muhammad Firdaus, Pegawai PASAK. Pelbagai tips yang telah dikongsikan berkaitan persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh pencari kerja sebelum memasuki temuduga serta cara-cara menjawab soalan temuduga. Selain itu, perkongsian berkaitan etika pemakaian serta tata tertib temuduga turut dikongsikan kepada peserta.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Quest International University atas kesudian untuk bekerjasama dengan pihak PASAK dalam menjalankan program ini.
Diharapkan program ini dapat memberikan pendedahan kepada peserta mengenai Resume serta Temuduga yang baik dan bersesuaian pada masa akan datang.
Pihak PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.