Perasmian Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Batang Padang 2024

Tapah – 8 Jun 2024.

Perasmian Jelajah Karnival Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Batang Padang 2024 ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Jenny Choy Tsi Jen (Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri merangkap Ahli Dewan Negeri kawasan Canning), Tuan Ahmad Redhauddin bin Ahmad Shokori (Pegawai Daerah Batang Padang) dan Encik Aldrin Ng (Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK))

Matlamat utama Jelajah Kerjaya ini adalah untuk membantu graduan, lepasan SPM dan juga pencari kerja bagi mencari pekerjaan.

Program ini juga melibatkan kerjasama dengan majikan tempatan dalam mencari bakat-bakat bagi mengisi kekosongan jawatan dalam industri masing-masing.

Jelajah Kerjaya ini dijalankan secara bersemuka di Dewan Merdeka, Tapah, Perak dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Lebih 3500 jawatan kosong ditawarkan dari 10 syarikat hadir yang pada program kali ini.

PASAK akan terus komited menjalankan tanggungjawab untuk membantu lebih ramai masyarakat diluar sana. 

@perakpasak

Live Update : Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera daerah Batang Padang telah pun bermula! Ate, moh kite meriahkan lagi Jelajah Kerjaya yang sedang berlangsung Dewan Merdeka, Tapah!

♬ Upbeat Funk - FASSounds