TALIAN HOTLINE SISWA NEGERI PERAK

"TALIAN HOTLINE SISWA NEGERI PERAK"

Masalah Penangguhan Pendaftaran Bersemuka Pelajar IPT Kemasukan Oktober 2020.

📢 Info Lanjut Hubungi Hotline

Klik butang di bawah sekarang untuk hubungi kami

📢 Daftar Maklumat Anda

Maklumbalas anda akan mempercepatkan penyaluran bantuan yang akan disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri Perak melalui Exco YB Tuan Hj Razman bin Zakaria

KERAJAAN LEBIH UTAMAKAN KESELAMATAN PELAJAR

Kerajaan Negeri Perak di bawah Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil, YB Razman Zakaria amat prihatin dengan permasalahan yang dihadapi oleh ibu bapa dan khususnya para pelajar berkaitan dengan arahan daripada Kementerian Penggajian Tinggi (KPT) berhubung dengan penangguhan pendaftaran secara bersemuka pelajar IPT Kemasukan Oktober 2020.

Bagi meringankan beban ibu bapa dan pelajar, Kerajaan Negeri akan membuka Talian Hotline bagi mendapatkan maklumbalas dan maklumat kepada mereka yang terjejas dengan kerjasama Majlis Perundingan Mahasiswa Perak (MPMP), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).

Melalui maklumat ini, kaedah bantuan akan dikenalpasti dan bantuan akan disalurkan dalam membantu mahasiswa/i dari negeri Perak yang terjejas. Seluruh Siswa Siswi di Semenanjung Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak dari Negeri Perak adalah dimohon untuk memberikan maklum balas segera bagi memudahkan urusan operasi bantuan.

Semua pihak diminta mengikuti segala arahan daripada pihak kerajaan khususnya daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) demi keselamatan khususnya pelajar sekolah dan pelajar IPT.

Selain itu, Pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan pengurusan sekolah akan meningkatkan SOP di sekolah masing-masing. Swab Test berkemungkinan akan dilaksanakan di kawasan-kawasan yang berisiko untuk penularan Covid-19.

Pihak ibu bapa dan orang ramai diminta memantau pergerakan anak-anak, ikuti arahan daripada pihak MKN yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Kerajaan Negeri Perak juga menasihatkan supaya seluruh rakyat di Negeri Perak untuk mengamalkan SOP keselamatan yang ditetapkan bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

📢 Daftar Maklumat Anda

Maklumbalas anda akan mempercepatkan penyaluran bantuan yang akan disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri Perak melalui Exco YB Tuan Hj Razman bin Zakaria

📢 Info Lanjut Hubungi Hotline

Klik butang di bawah sekarang untuk hubungi kami