Hari 4: Karnival Perak Trade Expo

4hb Disember 2022 (Ahad)
Telah berlangsungnya Perak Trade Expo selama 4 hari dari 1hb – 4hb Disember 2022, di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak.
Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah membuka booth di sini bagi pendaftaran pencari kerja dan pendedahan berkaitan kursus yang dijalankan atau sedang berlangsung di PASAK. Pihak PASAK juga turut mempromosikan Aplikasi Talent Perak yang boleh didapati di Google Playstore.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada YB Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang sudi hadir melawat dan beramah mesra di booth PASAK.
Ucapan terima kasih juga diucapkan buat Perak Chinese Chamber of Commerce and Industry (PCCCI) sebagai penganjur program Perak Trade Expo dengan sokongan kerjasama Kerajaan Negeri Perak, Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak (DPPM) kerana telah menjayakan program pada kali ini.
Terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi hadir ke booth kami, diharapkan lebih ramai mendapat manfaat daripada perkongsian mengenai PASAK.
Pihak PASAK sangat terbuka dalam menjalankan program-program yang mampu memberikan manfaat kepada semua masyarakat di Negeri Perak.

Kongsikan Artikel ini:

Tentang PASAK

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) merupakan sebuah agensi kerajaan yang dimiliki penuh oleh Kerajaan Negeri Perak dan berada di bawah portfolio Jawatankuasa Sumber Manusia. 

PASAK adalah agensi pelaksana yang berperanan penting dalam menguruskan jawatan kosong di Negeri Perak yang bermatlamat membantu para pencari kerja khususnya Anak Negeri Perak bagi melahirkan tenaga kerja mahir yang dapat memenuhi keperluan pelbagai sektor industri sekaligus meningkatkan taraf sosio ekonomi di Negeri Perak.

Di samping itu, PASAK turut menjadi agensi peneraju Koridor TVET Malaysia di Negeri Perak yang meliputi kursus kemahiran jangka pendek bagi pelbagai golongan sasaran.

Artikel Terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *