Hari Kedua Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) berada di Stadium Indera Mulia bersempena dengan Karnival Perak Trade Expo.
Terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi hadir dan singgah di Booth PASAK sepanjang hari ini.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada YB Howard Lee Chuan How, Ahli Parlimen Ipoh Timur di atas kesudiannya hadir melawat dan beramah mesra ke booth PASAK pada 1hb Disember 2022 lalu.
Bagi yang belum berkesempatan melawat ke Booth PASAK, jangan lupa untuk datang ke Karnival Perak Trade Expo ini beramai-ramai. Kami akan berada di sini sehingga hari Ahad (4hb Disember 2022) di Hall B, Booth No B3. Jumpa anda semua di sana!