Kursus Bina Potensi Anak Muda & Pelancaran Akademi Bina Insan PASAK

22/08/2020 9.00 pagi

Kursus Bina Potensi Anak Muda ini merupakan sebuah program berbentuk latihan yang melalui modul yang khusus disediakan kepada generasi muda. Program ini bertujuan bagi memberikan kesedaran dan meningkatkan potensi & bakat yang ada didalam diri.

Peserta terdiri daripada pelajar IPT, wakil belia di komuniti setempat, wakil – wakil persatuan belia daerah.

Program ini adalah anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) iaitu sebuah agensi kerajaan yang bernaung di bawah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO & Masyarakat Sivil. Program ini akan diadakan secara bersiri bagi menambahkan lagi kualiti program & peserta melalui modul yang akan diadakan nanti.

Program ini nanti akan dirasmikan oleh YB Tuan Haji Razman Bin Zakaria. Turut juga akan dirasmikan adalah pelancaran Akademi Bina Insan. Sebuah akademi baru di bawah PASAK bagi melaksanakan siri- siri latihan berbentuk meningkat kemahiran insaniah dan diseimbangkan dengan hal – hal berkaitan pengurusan kerohanian, intelektuan dan emosi kepada seluruh warga Perak.

Tarikh : 23 Ogos 2020
Masa : 9.00 Pagi – 6.00 Petang ( YB Pak Teh hadir pada jam 5 petang)
Tempat : Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Slim River
Nama Program : Kursus Bina Potensi Anak Muda & Pelancaran Akademi Bina Insan PASAK
Anjuran : Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK)