Karnival Kerjaya & TVET Manjung – Ditunda

2020-10-10 8.00 am

PENANGGUHAN KARNIVAL KERJAYA & TVET MANJUNG

📢 Berikutan perkembangan penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat dan agak membimbangkan semua pihak. Pihak Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) ingin memaklumkan bahawa program Karnival Kerjaya dan TVET yang dijadualkan pada 10 Oktober 2020 di Dewan Besar IKM Lumut adalah dengan ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Pihak PASAK memohon maaf atas penangguhan ini atas keprihatinan untuk mencegah penularan wabak Covid-19 dari menjangkit kepada orang ramai. PASAK juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus membuat persiapan sehingga ke hari ini.

TUAN HAJI MOHD MISBAHUL MUNIR BIN MASDUKI
Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK)

Namun pendaftaran untuk kekosongan jawatan yang ditawarkan akan terus dibuka kepada orang awam bagi mendapatkan info terkini mengenai tawaran kerjaya dan program pada masa akan datang dengan melayari pautan dibawah

Daftar Sekarang

Event Details

Organizer : Pusat Aspirasi Anak Perak

Start Date : 2020-10-10

End Date : 2020-10-10

Time : 8.00 am

Event Venue

Venue : IKM Lumut ( Seri Manjung, Perak )

Address : IKM Lumut, Jalan Dato Seri Kamaruddin, 32040 Seri Manjung, Negeri Perak

E-mail : info@perakpasak.org

Phone : 05-3183290

Website : http://perakpasak.org

Event Location