BINA

Matlamat dan Objektif

Unit Bina Insan menjadi sebuah hub pembangunan modal insan yang terbaik dalam melahirkan sebuah masyarakat yang seimbang dari aspek kerohanian dan kemahiran insaniah dalam kalangan rakyat negeri Perak.
Feature Box Image
Bakat dan Potensi
Menyediakan program yang terbaik dan bersesuaian dengan setiap sasaran peserta bagi mengembangkan bakat dan potensi positif
Feature Box Image
Penyedia Latihan & Modul
Membina pengkalan data penyedia latihan dan modul – modul yang berkaitan dengan sasaran peserta yang ditetapkan
Feature Box Image
Perkongsian Ilmiah
Memaksimakan pengunaan media sosial PASAK bagi tujuan perkongsian ilmiah dan kerohanian
Feature Box Image
Program Kebajikan
Memasyarakatkan PASAK melalui program kebajikan yang dijalankan
Feature Box Image
Semangat Berpasukan
Membina dan membentuk semangat berpasukan, kerjasama berkumpulan, membina daya tahan diri mental fizikal, membentuk disiplin dan keyakinan diri serta motivasi kerohanian
Feature Box Image
Membangunkan Modul
Membangunkan modul sumber manusia yang mempunyai nilai kerohanian dan orientasi nilai murni agar dapat diamalkan
Feature Box Image
Permasalahan Masyarakat
Mengumpul data – data permasalahan yang wujud didalam lapisan masyarakat
Feature Box Image
Hub Sukarelawan
Membina hub sukarelawan PASAK yang produktif dan berinformasi

Program

Antara program-program yang dijalankan di bawah Unit BINA:
Akademi Bina Insan
Akademi ini adalah satu platform untuk mendapatkan latihan kemahiran insaniah melalui Training of Trainers(TOT), dalam memperkasa kerohanian serta memberdaya potensi belia. Selain itu, Akademi Bina Insan ini juga merupakan salah satu akademi yang memupuk sifat sukarelawan diantara belia bagi membantu PASAK dalam memberi sumbangan kepada rakyat di negeri Perak melalui sebarang program yang berbentuk pembangunan modal insan.
Kursus Pemantapan Insaniah
Kursus yang dijalankan secara slot in bagi kursus kemahiran TVET yang telah berlangsung di sekitar negeri Perak. Kursus ini memberi fokus dalam memberikan motivasi dan membangun potensi yang ada dalam diri bagi menghadapi cabaran dunia luar, serta menerapkan sifat ihsan dan akauntabiliti serta kesungguhan dalam melaksanakan sebarang tugasan dan kerja.


Khidmat Bakti Komuniti
Sebuah program berbentuk kebajikan dan kemasyarakatan dalam memberikan latihan kepada sukarelawan dan orang awam dalam memberi sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan.Selain itu, ianya berkonsep santai dalam memberikan sumbangan seperti pemberian makanan,ramah mesra bersama rumah warga tua, perkampungan orang Asli dan perkongsian kerohanian di jalanan.

Hubungi

Sebarang pertanyaan & maklumat lanjut boleh menghubungi talian pegawai-pegawai di bawah unit BINA:

Encik Syazwan
Puan Mia