XPLORASI KAMPUS UPSI – TAKLIMAT PEMASARAN DIGITAL

24 MEI 2021, 2.00 Petang – 4.30 Petang

Xplorasi Kampus kali ini adalah anjuran PASAK dengan kerjasama Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI dan Ruang Cikgu Berhad. Program ini telah dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Zoom bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta berkenaan strategi dan teknik pemasaran online.

Pengisian program kali dihadiri seramai 180 orang ini disampaikan oleh penceramah Encik Jazlie dari Ruang Cikgu Berhad. Antara pengisian yang dikongsikan termasuklah mengenai teknik pemasaran atas talian. Program ini dapat membantu para peserta dalam memperbaiki cara Webinar ini sesuai untuk mereka yang telah mulakan perniagaan, ingin kembangkan perniagaan atau baru ingin menceburi perniagaan. Terbuka kepada mereka yang ingin tahu mengenai asas pemasaran di media sosial.

Terima kasih diucapkan kepada En Jazlie atas kesudian berkongsi idea yang sangat bermanfaat, menarik, dan mudah difahami oleh para peserta yang terlibat. Terima kasih diucapkan kepada peserta atas kesudian menghadirkan diri. Semoga apa yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi tambah nilai kepada diri peserta yang hadir.

PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*