XPLORASI KAMPUS UPSI : MOCK INTERVIEW ENHANCING CREDIBILITY

8 April 2021 (Khamis) | 9.00 pagi – 12.30 tengahari

Program Xplorasi Kampus kali ini dijalankan dengan kerjasama Pelajar Tahun Akhir Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) secara bersemuka di Kampus Sultan Azlan Shah. Program ini dijalankan bersempena Program Menteri Besar PERAK bersama rakyat (MESRA).

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang persediaan menghadapi temuduga sebelum alam pekerjaan dan penulisan resume yang baik. Selain itu, pelajar didedahkan dengan persekitaran sebenar ketika menghadapi temuduga daripada sektor kerajaan dan swasta.

Hal ini penting kepada peserta kerana taklimat ini berkaitan persediaan temuduga yang disampaikan oleh Puan Saripah Rodiah Ahmad dari Vale Malaysia Mineral Sdn Bhd. Program ini melibatkan seramai 40 orang peserta dari UPSI yang terdiri dari pelajar tahun akhir kursus Komunikasi Sosial. Program ini juga telah dikunjungi oleh Yang Berhormat Encik Ahmad Saidi bin Mohamad Daud (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber manusia) dan turut hadir bersama Tuan Haji Misbahul Munir bin Masduki (Pengarah PASAK).

Terima kasih diucapkan kepada peserta atas kesudian menghadirkan diri dan kepada penceramah atas kesudian berkongsi ilmu. Semoga apa yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi tambah nilai kepada diri peserta yang hadir.PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*