XPLORASI KAMPUS UPM – PERSEDIAAN TEMUDUGA DAN PENULISAN RESUME

12 Jun 2021 (Sabtu) | 9.00 pagi – 12.00 tengahari

Program Explorasi Kampus kali ini dijalankan bersama Gerakan Mahasiswa Perak (GMPK) secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta dari Universiti Putra Malaysia (UPM) tentang persediaan menghadapi temuduga dan penulisan resume yang baik.

Program ini dihadiri seramai 50 peserta yang terdiri daripada Mahasiswa anak Perak. Terima kasih diucapkan kepada peserta atas kesudian menghadirkan diri. Semoga apa yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi tambah nilai kepada diri peserta yang hadir. Terima Kasih juga diucapkan kepad Persatuan Mahasiswa Perak (PEMARAK) Universiti Putra Malaysia atas kesudian menjemput pihak PASAK untuk program kali ini.

PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*