XPLORASI KAMPUS UKM – PERSEDIAAN TEMUDUGA DAN PENULISAN RESUME

30 Jun 2021 (Rabu) | 9.00 malam – 11.00 malam
Program Explorasi Kampus kali ini dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom Meeting yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang tips persediaan menghadapi temuduga dan penulisan resume yang baik, selain menerangkan serba sedikit tentang konsep ‘Video Resume’.
Program ini dihadiri seramai 60 peserta terdiri daripada pelajar dari Univestiti Kebangsaan Malaysia (UKM) . Terima kasih diucapkan kepada peserta atas kesudian menghadirkan diri. Semoga apa yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi tambah nilai kepada diri peserta yang hadir. Terima Kasih juga diucapkan kepada UKM atas kesudian menjemput pihak PASAK untuk program kali ini.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*