XPLORASI KAMPUS : TAKLIMAT PENGURUSAN ORGANISASI BERSAMA MAHASISWA PERAK DARI USM, UM DAN UMT

10 Mac 2021 | 12.30 – 1.30 tengah hari
Program melibatkan seramai 30 orang mahasiswa anak-anak Perak dari persatuan mahasiswa perak dari Kumpulan Siswa Siswi Darul Ridzuan Universiti Sains Malaysia , Pemarak U.M dan Sekretariat Mahasiswa Perak UMT.
Perkongsian melibatkan kepimpinan dan pengurusan organisasi kepada para pelajar agar boleh dipraktikkan semasa menguruskan persatuan masing-masing.
Objektif program ini adalah untuk memperkukuhkan persatuan anak perak di universiti seluruh Malaysia. PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*