XPLORASI KAMPUS TAJ INTERNATIONAL COLLEGE DAN PIA COLLEGE – PELUANG KERJAYA OLEH PIHAK SYARIKAT EUNOIA CX SDN BHD

30 APRIL 2021, 3.00 PETANG – 4.30 PETANG

Program Xplorasi Kampus kali ini menggunakan Zoom Meeting yang dijalankan dengan kerjasama memberi pendedahan kepada pelajar dari Taj International College dan PIA College tentang jawatan kosong yg ditawarkan oleh Pihak syarikat Eunoia CX Sdn Bhd sebagai Language Interpreter.

Eunoia CX Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat peneraju Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS@Ipoh) telah membuka 200 peluang kerjaya sebagai Language Interpreter – Work from Home.Program ini dihadiri seramai 20 peserta yang terdiri yang terdiri dari anak-anak Perak . Penerangan diberikan oleh Encik Chan dan Cik Samanta tentang jawatan ini secara terperinci.

Terima kasih diucapkan kepada peserta atas kesudian menghadirkan diri. Semoga apa yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi tambah nilai kepada diri peserta yang hadir.PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*