Xplorasi Kampus : Kursus Pengucapan Awam

Xplorasi Kampus : Kursus Pengucapan Awam
IPOH
9 & 10 Oktober (Sabtu & Ahad)| 9.00 pagi – 1.00 petang
Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom dan telah melibatkan seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa anak Perak. Kursus Pengucapan Awam ini dijalankan selama dua hari oleh penceramah dari Kelab Pidato Perdana Antarabangsa iaitu Encik Absar Burhan dan Encik Fadzly Johar.
Pada hari pertama, peserta didedahkan tentang persediaan sebelum memulakan ucapan dan teknik pembukaan ucapan. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan cara mengatasi kelemahan semasa berucap seperti lontaran suara, gerak tubuh (body language), mimik muka dan tatabahasa. Bagi hari kedua pula, peserta didedahkan dengan fasa mencari pekerjaan dan kemahiran menjawab temuduga.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Absar Burhan dan Encik Fadzly Johar, penceramah daripada Kelab Pidato Perdana Antarabangsa, atas kesudian berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat dan mudah difahami oleh para peserta yang terlibat. Terima kasih juga diucapkan kepada peserta atas kesudian menghadirkan diri. Semoga apa yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi nilai tambah kepada diri peserta yang hadir.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*