XPLORASI KAMPUS : KURSUS OBS BERSAMA GMPK

Xplorasi Kampus : Kursus OBS bersama GMPK

19 & 25 September 2021 (Ahad & Sabtu) | 9.00 pagi – 1.00 tengah hari


Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom bermula dari pukul 9 pagi sehingga 1 tengah hari. Kursus ini dijalankan oleh Saudara Wan dan Saudari Amal Solehah. Kursus OBS Studio (Open Broadcaster Software) ini dapat digunakan untuk memberi pendedahan kepada perisian sumber terbuka dan percuma untuk rakaman dan streaming secara langsung.
Kursus ini telah melibatkan seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa, graduan, dan pencari kerja dari seluruh negeri Perak. Kursus OBS juga menggunakan open broadcaster untuk merakam dan streaming video ke Live Facebook, YouTube, dan lain-lain.
Terima kasih diucapkan kepada Saudara Wan dan Saudari Amal Solehah atas kesudian berkongsi idea yang sangat bermanfaat, menarik, dan mudah difahami oleh para peserta yang terlibat. Terima kasih diucapkan kepada GMPK dan peserta atas kesudian menghadirkan diri. Semoga apa yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi nilai tambah kepada diri peserta yang hadir.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*