XPLORASI KAMPUS KPTM – TAKLIMAT PENULISAN RESUME

9 JUN 2021, 10.30 PAGI – 12.00 TENGAHARI

Program Explorasi Kampus kali ini dijalankan bersama KPTM Ipoh secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang penulisan resume yang baik. Program ini menerangkan kepada pelajar tentang komponen penting di dalam resume, serta panduan bagi memastikan resume kelihatan kemas dan menarik.

Program ini dihadiri seramai 105 terdiri daripada pelajar tahun akhir KPTM Ipoh. Terima kasih diucapkan kepada peserta atas kesudian menghadirkan diri. Semoga apa yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi tambah nilai kepada diri peserta yang hadir.

PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*