XPLORASI KAMPUS KOLEJ FELCRA – PERSEDIAAN TEMUDUGA DAN PENULISAN RESUME

22 Jun 2021 (Selasa) | 3.30 petang – 5.30 petang
Program Explorasi Kampus kali ini dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang tips persediaan menghadapi temuduga dan penulisan resume yang baik, selain menerangkan serba sedikit tentang konsep ‘Video Resume’.
Program ini dihadiri seramai 70 peserta terdiri daripada pelajar semester akhir dari Kolej Felcra. Terima kasih diucapkan kepada peserta atas kesudian menghadirkan diri. Semoga apa yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi tambah nilai kepada diri peserta yang hadir. Terima kasih juga diucapkan kepada Kolej Felcra atas kesudian menjemput pihak PASAK untuk program kali ini.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*