XPLORASI KAMPUS – JELAJAH IPT YB SAIDI : KURSUS PEMANTAPAN BAHASA INGGERIS

7 & 8 OGOS 2021, 9.00 Pagi – 1.00 Petang


Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom. Kursus Pemantapan Bahasa Inggeris ini dijalankan selama 2 hari oleh Puan Nurul Nadwa Ahmad Zaidi, Mohamad Safwat Ashahri Mohd Salim, Nur Farhana Nasri, Wan Nurul Fatihah Wan Ismail, Madaha Hanafi Mohd Ghani, Syaza Kamaruddin, Mahfuzah Rafek Dan Nor Hidayati Abdullah, Pensyarah-pensyarah daripada UiTM Tapah.
Bagi Hari Pertama, peserta didedahkan dengan konsep Video Resume (Visume). Video Resume adalah ringkasan daripada resume konvensional (dicetak) mengenai diri, pengalaman profesional, kelayakan dan kelebihan pemohon yang diserahkan kepada majikan dalam bentuk video.
Untuk hari Kedua, peserta didedahkan tentang cara berkomunikasi secara efektif serta bagaimana untuk menangani ketakutan ketika berkomunikasi. Peserta juga didedahkan tentang “workplace communication”, iaitu tentang cara-cara berkomunikasi dengan baik di tempat kerja.
Kursus ini telah melibatkan seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa Kolej Felcra, dan Gerakan Mahasiswa Perak (GPMK).
Program ini telah dirasmikan penutupannya oleh Yang Berhormat Encik Ahmad Saidi bin Mohamad Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, dan Sumber Manusia Negeri Perak. Antara intipati ucapan beliau adalah berkaitan dengan kepentingan mahasiswa dan graduan, dalam mempersiapkan diri dengan pelbagai skil untuk persediaan melangkah ke alam pekerjaan. Yang Berhormat juga berkongsikan tips temuduga kepada para peserta.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Nurul Nadwa Ahmad Zaidi, Mohamad Safwat Ashahri Mohd Salim, Nur Farhana Nasri, Wan Nurul Fatihah Wan Ismail, Madaha Hanafi Mohd Ghani, Syaza Kamaruddin, Mahfuzah Rafek Dan Nor Hidayati Abdullah, Pensyarah daripada UiTM Tapah, atas kesudian berkongsi idea yang sangat bermanfaat, menarik, dan mudah difahami oleh para peserta yang terlibat. Terima kasih juga diucapkan kepada peserta atas kesudian menghadirkan diri. Semoga apa yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi tambah nilai kepada diri peserta yang hadir.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*