XPLORASI KAMPUS BERSAMA KOLEJ FELCRA : BICARA PATRIOTISME BELIA MASA KINI

20 Februari 2021 (Sabtu) | 10 Pagi -12 Tengah Hari

Program anjuran PASAK dengan kerjasama Kolej Felcra. Program ini dihadiri oleh Ts. Farqrul Redza, Pemenang Anugerah Belia Perdana Negara 2020 Peringkat Negeri Perak.

Perkongsian berkenaan merupakan Inisiatif Kerajaan Negeri Perak kepada mahasiswa-mahasiswa dan graduan-graduan. Program ini bertujuan mendedahkan peserta tentang pemahaman terhadap sejarah, jati diri, kepentingan perpaduan, rukun negara, dan banyak lagi.

Seramai 60 peserta terdiri daripada pelajar Kolej Felcra telah hadir ke program tersebut menggunakan platform Google Meet. PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*