TAKLIMAT GRADPRENEUR@PERAK SIRI 2

28 JULAI 2021 (Rabu), 9.00 malam – 11.00 malam
Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet bermula jam 9.00 malam hingga 10.30 malam. Program ini dihadiri oleh Dr. Sharul Effendy Bin Janudin iaitu Pengarah Pusat Keusahawanan Dan Kebolehpasaran Graduan UPSI dan Encik Ashraff Kaharudin, dari Yayasan Perak.
Program Gradprenuer @ Perak ini merupakan program untuk anda terutamanya graduan Anak Perak tahun 2019, 2020 dan 2021 yang sedang menceburi bidang keusahawanan. Program ini akan memberikan Pinjaman Mikro Kredit oleh Kerajaan Negeri kepada Usahawan graduan Anak Perak yang ingin mengembangkan perniagaan mereka.
Program ini juga akan menyediakan latihan Upskilling dan Reskilling kepada graduan yang terpilih dalam tempoh latihan 2 minggu yang akan dijalankan di UPSI. Dalam program ini, peranan pasak adalah untuk menjadi penyelaras dalam mendapatkan dan mengumpul data maklumat graduan yang layak untuk program Gradprenuer @ Perak ini.
Terima kasih diucapkan kepada Dr. Sharul Effendy Bin dan Encik Ashraff Kaharudin atas kesudian berkongsi idea dan maklumat yang sangat bermanfaat, menarik, dan mudah difahami oleh para peserta yang terlibat. Terima kasih diucapkan kepada peserta atas kesudian menghadirkan diri. Semoga apa yang dikongsikan dapat memberi gambaran lebih jelas kepada graduan tentang program Gradpreneur ini.
Untuk Graduan yang berminat, boleh mendaftarkan diri di http://bit.ly/PendaftaranJobs-PERAK .
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Borang Pendaftaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*