Tahniah kepada Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Putra Malaysia (PEMARAK UPM)

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Pusat Aspirasi Anak Perak merakamkan ucapan tahniah kepada Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Putra Malaysia (PEMARAK UPM) atas penganjuran progran Warna Warni Alam Universiti (WWAW 2.0).

Program ini telah dijalankan pada 19 – 21 april yang lalu bertempat di SMK Sungkai, Sungkai, Perak. Program ini bertujuan untuk menggalakkan para pelajar sekolah untuk masuk ke alam universiti. Program ini telah melibatkan seramai 26 mahasiswa Perak, dan seramai 69 orang pelajar SMK Sungkai.

Diharapkan program-program seperti ini dapat terus dilaksanakan bagi menarik lebih ramai para pelajar peringkat sekolah menengah untuk masuk ke universiti, in shaa Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*