Syabas kepada Persatuan Mahasiswa Darul Ridzuan Universiti Kebangsaan Malaysia (PERMADARI UKM)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, pihak Pusat Aspirasi Anak Perak merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Persatuan Mahasiswa Darul Ridzuan Universiti Kebangsaan Malaysia (PERMADARI UKM) kerana telah menjalankan program “Program Kembara Ilmu Ke Medan, Indonesia”. Program ini berlangsung selama 5 hari bermula 10 hingga 14 April yang lalu.
Seramai 22 orang peserta yang terdiri dari pelajar-pelajar UKM yang telah menyertai program ini.

Tujuan utama program ini adalah untuk melawat Universitas Islam Negeri Sumatera Utara Medan (UINSU) sekaligus membuat kajian tentang ‘Personaliti dan Kesihatan dalam Kalangan Pelajar UINSU dan UKM’.

Diharapkan program kembara ilmu ini dapat memberi impak dan pengalaman baru kepada para pelajar anak perak UKM. Kami dari PASAK juga berharap agar pelajar-pelajar IPT lain juga boleh menjalankan program seperti ini bagi membuka minda para pelajar tentang dunia luar. Diharap program ini dapat terus diteruskan dari masa ke semasa, in shaa Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*