SOAL & JAWAB PASAK BERSAMA PERAK FM – IMPAK PROGRAM PASAK

Tarikh : 3/11/2020 (Selasa)
Penerbit : Nora Rahim
DJ Bertugas : Dj Finas

Bersama : TUAN HAJI MISBAHUL MUNIR BIN MASDUKI
Jawatan: PENGARAH PASAK

Topik: IMPAK PROGRAM PASAK

 

Soalan:

1) Pada Pandangan tuan, bagaimana tuan melihat kesan perlaksanaan PENJANA kepada golongan belia?

PENJANA atau Pelan Jana Semula Ekonomi Negara ini sebenarnya inisiatif yang sangat baik dari pihak kerajaan untuk membantu rakyat dalam masa yang sama untuk merangsang ekonomi negara. Apabila kitaran kewangan dalam negara berjalan dengan lancar, maka ekonomi kita akan terus bergerak

Dalam aspek impak perlaksanaan PENJANA kepada golongan belia termasuk juga penganggur, yang PERTAMA belia dapat insentif dari pihak kerajaan dalam RM800 sebulan bagi yang berusia 40 tahun ke bawah.

Keduanya, golongan belia juga layak menerima elaun latihan daripada pihak kerajaan sebanyak RM600 sebulan selama 6 bulan dan ada beberapa lagi insentif lain untuk membantu rakyat bagi merangsang ekonomi.

Sememangnya insentif ini tidak akan menyelesaikan semua masalah yang dihadapi belia, terutamanya apabila melibatkan pengangguran, dibuang kerja seumpamanya.

Kita semua jelas bahawa bantuan ini bersifat jangka pendek dan tidak akan bertahan selamanya. Namun memadai untuk membantu mereka yang terjejas untuk survive dalam beberapa tempoh sebelum keadaan ekonomi dan persekitaran kita ini diperbaiki dan lebih stabil.

Pihak kerajaan, dalam proses menyediakan lebih banyak ruang dan peluang kepada semua golongan termasuk belia, syarikat-syarikat swasta untuk terus bertahan menerusi skim bantuan PENJANA.

Lebih banyak peluang pekerjaan akan dicipta dan juga peluang perniagaan dan Latihan kemahiran akan diberikan secara berperingkat.

2) Kita dapat lihat golongan belia adalah golongan yang paling terjejas pada ketika ini
iaitu dari segi pengangguran, bagaimana PASAK membantu belia dalam perkara ini?

Ya memang benar, belia antara kumpulan yang sangat terjejas akibat COVID ini. Graduan yang telah tamat belajar sukar mendapat pekerjaan. Ada juga yang baru mula bekerja terpaksa diberhentikan, kerana syarikat tidak lagi mampu bertahan membayar gaji sebagainya.

Di peringkat kerajaan negeri Perak juga kita telah melancarkan pelbagai program berimpak tinggi di antaranya adalah Program Transformasi Pekerjaan (Work Pro) yang dipecahkan kepada tiga (3) kategori iaitu Skim Latihan Peralihan Tenaga Kerja, Skim Latihan Pengekalan Tenaga Kerja dan Skim Latihan Peningkatan Kemahiran.

PASAK sebagai agensi kerajaan negeri telah dilantik sebagai sekretariat TVET Negeri Perak bersama dengan Perak Eclat TVET (PET).

WorkPro adalah Program Latihan TVET kemahiran percuma kepada rakyat, elaun diberikan sebulan untuk membantu mereka yang terjejas akibat penularan Covid-19. Sebagai contoh latihan kemahiran dalam bidang automotif, kulinari, urutan, welding, animasi 3D serta multimedia dan pelbagai lagi.

Seramai 402 orang telah dibantu menerusi penyertaan program Latihan kemahiran TVET WorkPro bagi Fasa Satu melibatkan 15 jenis kursus jangka pendek, sekarang telah dilancarkan program Latihan Fasa Dua dengan penawaran 26 kursus yang baru dan menyasarkan penyertaan yang lebih ramai.

Para peserta diberi elaun RM500 sebulan serta menjalani kursus kemahiran secara percuma selama sebulan. PASAK juga telah membina banyak jaringan kerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta untuk menghubungkan para peserta ini dengan peluang pekerjaan.

Ada kursus yang kami tawarkan memberi jaminan kerjaya kepada peserta yang tamat latihan. Mereka terus akan diserap dan ditempatkan di beberapa buah syarikat yang terpilih.

3) Latihan & kemahiran sangat penting dalam membantu golongan belia dalam
mengharungi Kehidupan seharian terutama ketika wabak COVID-19 ini.

Bagaimana tuan
melihat keperluan Latihan & kemahiran serta bantuan PASAK dalam program-program
yang dijalankan oleh PASAK?

Kita boleh belajar daripada sejarah peradaban tanah Melayu ini sebelum Merdeka. Kemahiran menjadi aset yang sangat penting untuk membantu nenek moyang kita dulu terus hidup, survive dalam keadaan tertekan, peperangan sebagainya.

Disebabkan kemahiran survival yang mereka ada lah membantu mereka untuk terus hidup dan membina kehidupan baru. Ada yang berniaga, ada yang menjahit, bertukang, membaiki mesin, memasak, mengurut dan sebagainya.

Kemahiran itu boleh menjadi aset berharga kepada setiap individu untuk membantu mereka membina kerjaya atau perniagaan sendiri.

Dalam program WorkPro PASAK ini ada 3 kategori penting iaitu

  1. Reskilling – memberi latihan semula kepada pekerja sedia ada dan penempatan dalam sektor pekerjaan yang lain
  2. Upskilling – kita menambah baik kemahiran sedia ada bagi membolehkan peserta bersaing di dalam pasaran industri yang memerlukan kemahiran tinggi
  • Skilling – memberi kemahiran yang baru kepada peserta terlibat

Selain itu PASAK juga menjalankan program Karnival Kerjaya dan TVET di beberapa lokasi terpilih bagi mendedahkan peluang latihan kemahiran yang ditawarkan serta menghubungkan rakyat setempat dengan peluang pekerjaan yang ada di negeri Perak.

Ada juga Program Skuad Ronda yang turun ke semua parlimen negeri Perak secara berperingkat untuk terus berhubung rakyat di peringkat akar umbi bagi memaklumkan insentif dan program intensif daripada pihak kerajaan negeri.

Selain ada Program Eksplorasi Kampus yang turun ke semua IPT, Institut Latihan Kemahiran dan sekolah-sekolah menerusi Program Pemetaan Kerjaya Sekolah sebagainya supaya golongan belia khususnya nampak ke mana halatuju, peluang dan ruang yang mereka perlu rebut untuk membina masa depan mereka nanti.

Terakhir adalah Program BINA INSAN, yang ditubuhkan untuk membina jati diri rakyat negeri Perak khususnya belia untuk membina nilai tambah bagi diri supaya mempunyai pegangan dan matlamat hidup yang jelas.

Bukan sekadar mencari kesenangan hidup sahaja, tapi juga mencari makna kepada kehidupan mereka dengan menjadi orang yang bermanfaat untuk agama, bangsa, negeri dan negara tercinta ini.

4) Apakah Harapan tuan dalam Belanjawan 2021 yang lebih fokus ke arah membantu
golongan belia?

Harapan saya terhadap Belanjawan 2021 ini adalah lebih kepada ke arah pembinaan dan kestabilan. Bantuan-bantuan kerajaan kepada rakyat mesti diteruskan kerana itulah fungsinya kerajaan adalah untuk berkhidmat kepada rakyat.

Dalam masa yang sama, kita memerlukan agenda pembangunan baru yang sesuai dengan keadaan kita sekarang ini, bagi mewujudkan gelombang pembangunan ekonomi berskala besar menerusi pelaburan strategik, hentikan spekulasi dan fitnah dalam politik, perebutan kuasa seumpamanya.

Kita perlu sinergi kerjasama untuk menjana ekonomi ini secara bersama bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan. Selain memperkasa agenda Pendidikan supaya anak-anak kita tidak ketinggalan akibat ujian daripada impak COVID ini.

Sekolah dan IPT ditutup. Kita perlu merangka strategi baru untuk mendidik generasi kita dengan lebih komprehensif, bersistematik dan matlamat yang jelas.

Dengan itu, In Shaa Allah saya yakin dan percaya kita mampu menghadapi cabaran ini bersama.

5) Kata-kata akhir

Saya mewakili pihak Pusat Aspirasi Anak Perak menyeru semua warga negeri Perak, ayuh bersama dengan PASAK, sertai semua program latihan kemahiran yang ditawarkan, rebutlah peluang pekerjaan yang ditawarkan. Usah terlalu memilih buat masa ini, kita manfaatkan peluang dan ruang yang ada untuk kita terus survive dan membina kehidupan baru.

Jangan lupa layari Facebook PASAK, search saja Pusat Aspirasi Anak Perak dan juga FB Talent Perak untuk ketahui perkembangan terkini insentif pihak kerajaan negeri.

Atau layari website PASAK www.perakpasak.org

In Shaa Allah kami akan bantu anda sedaya mampu, sebarkan berita dan informasi ini. Terus ikuti perkembangan PASAK dan Perak FM. Untuk kite-kite aje…

PROGRAM SKUAD RONDA @ PARLIMEN TELUK INTAN (DUN CHANGKAT JONG)

Tarikh :  4 November 2020 (Rabu)

Masa (Sesi 1) : 10.00 pagi – 3.00 petang di Pusat Khidmat ADUN Changkat Jong

Masa (Sesi 2) : 4.30 Petang  – 7.00 Petang di Pasar Tani Selabak

Perkhidmatan : Pendaftaran Kerjaya serta kursus TVET, Drop Resume bagi kekosongan jawatan yang ditawarkan syarikat

KLINIK KERJAYA – KURSUS ETIKA MAJLIS RASMI

Tarikh : 7 November 2020 (Sabtu)

Masa : 8.30 pagi – 5.30 petang

Tempat : Kolej Komuniti Sungai Siput

Pengisian : Prosedur dan Protokol Pengurusan Sebelum, Semasa dan Selepas Majlis Rasmi

Kumpulan sasaran : NGO dan belia

Cara permohonan : melalui laman sosial Facebook PASAK dan mendaftar menerusi pautan secara online : http://bit.ly/kursusetikamajlisrasmi

KLINIK KERJAYA – KURSUS PERSEDIAAN MENGHADAPI TEMUDUGA

Tarikh : 10 November 2020 (Selasa)

Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang

Tempat : Hub Inovasi Multimedia Digital Perak (Mydin Meru)

Pengisian : Tips-tips temuduga, teknik komunikasi berkesan, penulisan resume, dan mock-interview

Kumpulan sasaran : Pencari kerja di seluruh negeri Perak

Cara permohonan : melalui laman sosial Facebook PASAK dan mendaftar menerusi pautan secara online : http://bit.ly/kursuspersediaantemuduga

KARNIVAL KERJAYA DAN TVET DAERAH PERAK TENGAH

Tarikh :  21 November 2020 (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang

Tempat : Dewan Dato’ Ahmad Hambal, Bota Kanan Perak

Kehadiran syarikat : 8

Perkhidmatan : Temuduga secara terus bersama pihak majikan, Pendaftaran Kerjaya & kursus TVET, Pameran Agensi, serta Derma Darah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*