SLOT MOTIVASI BINA INSPIRASI GENERASI – B.I.G

MERU – 28 OKTOBER 2020, 9.15 pagi.
Slot Motivasi melalui program Bina Inspirasi Generasi telah berjaya diadakan di Dewan Bankuet, Kementerian Dalam Negeri.
Slot ini telah disampaikan oleh En Ahmad Afifi, Pegawai Perhubungan Korporat Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).
Peserta terdiri daripada beberapa warga negeri Perak yang mengikuti program karnival kerjaya anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Perak.
Perkongsian yang disampaikan adalah berfokus kepada membangunkan potensi diri dan memantapkan sahsiah dengan sentiasa memandang kehadapan dan terus bersama mengaplikasikan nilai positif dalam diri.
Diharapkan kepada para peserta dipermudahkan urusan mencari kerja yang bersesuaian dan terus bersemangat serta cekal dalam menghadapi cabaran kehidupan di luar sana.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Perak diatas jemputan serta memberi kerjasama dalam menyediakan ruang dan peluang kepada kami di pihak PASAK untuk memberikan pengisian berkait dengan modal insan.
Terima kasih juga kepada para peserta yang terlibatsama. Anda memang insan hebat !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*