SLOT MOTIVASI : BINA INSPIRASI GENERASI (B.I.G) TALK : REFLEKSI MINDA

SMK Raja Dr. Nazrin Shah, Kg. Gajah – 29 DISEMBER 2020 JAM 10.30 Pagi

Slot Motivasi dan perkongsian kerohanian melalui program Bina Inspirasi Generasi (B.I.G Talk) telah selesai diadakan kembali secara fizikal bersama peserta WRS – WORKPRO yang sedang menjalani latihan kemahiran pengendalian dan perkhidmatan makanan oleh penyedia latihan Syarikat Masarna Resources di Dewan Makan SMK Raja Dr. Nazrin Shah, Kg, Gajah, Perak.

Slot ini telah disampaikan oleh Tn Syed Syazwan Bin Tn Haji Syed Roslan, Eksekutif Bina Insan, Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).Peserta terdiri daripada 14 warga negeri Perak yang sedang mengikuti program Transformasi Tenaga Kerja (WORKPRO) anjuran kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama PASAK & Perak Eclat TVET.Perkongsian yang disampaikan adalah berfokus kepada azam tahun 2021 melalui perkongsian tips pembinaan insan yang cemerlang serta memantapkan sahsiah dengan sentiasa memuhasabah diri menjadi insan yang lebih baik dan terus bersama mengaplikasikan nilai positif dalam diri.Diharapkan kepada para peserta yang sedang menjalani latihan – latihan kemahiran ini terus bersemangat serta cekal dalam menghadapi cabaran kehidupan daripada sudut dalaman dan luaran.

Terima kasih diucapkan kepada pihak penyedia latihan Syarikat Masarna Resources diatas memberi kerjasama dalam menyediakan ruang dan peluang kepada kami di pihak PASAK untuk memberikan pengisian berkait dengan modal insan kepada semua pelatih.Terima kasih juga kepada para peserta yang terlibatsama didalam slot Bina Inspirasi Generasi pada kali ini.Mari bersama membina insan cemerlang!

Syed Muhd Syazwan B. Syed Roslan

Eksekutif Bina Insan PASAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*