SLOT MOTIVASI : BINA INSPIRASI GENERASI (B.I.G) SECARA ATAS TALIAN

Pejabat PASAK – 9 NOVEMBER 2020
JAM 9.15 pagi & JAM 3.00 petang
Buat julung kalinya, slot Motivasi melalui program Bina Inspirasi Generasi telah berjaya diadakan secara atas talian melalui platform Zoom Meeting bersama peserta yang sedang menjalani latihan kemahiran di SELECTA & PHCDC serta WMF SOLUTION SDN BHD.
Slot ini telah disampaikan oleh Tn Syed Syazwan Bin Tn Haji Syed Roslan, Eksekutif Bina Insan Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).
Peserta terdiri daripada beberapa warga negeri Perak yang sedang mengikuti program Transformasi Tenaga Kerja (WORKPRO) anjuran kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama PASAK & Perak Eclat TVET.
Perkongsian yang disampaikan adalah berfokus kepada membangunkan potensi diri dan memantapkan sahsiah dengan sentiasa memuhasabah diri menjadi insan yang lebih baik dan terus bersama mengaplikasikan nilai positif dalam diri.
Diharapkan kepada para peserta yang sedang menjalani latihan – latihan kemahiran ini terus bersemangat serta cekal dalam menghadapi cabaran kehidupan di luar sana.
Terima kasih diucapkan kepada pihak penyedia latihan SELECTA & PHCDC serta WMF SOLUTION SDN BHD diatas memberi kerjasama dalam menyediakan ruang dan peluang kepada kami di pihak PASAK untuk memberikan pengisian berkait dengan modal insan kepada semua pelatih.
Terima kasih juga kepada para peserta yang terlibatsama didalam slot Bina Inspirasi Generasi pada kali ini.
Anda memang insan hebat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*