Slot Motivasi : Bina Inspirasi Generasi (B.I.G) Secara Atas Talian 3 DISEMBER 2020

Pejabat PASAK – 3 DISEMBER 2020
JAM 10.00 Pagi
Slot Motivasi melalui program Bina Inspirasi Generasi telah berjaya diadakan secara atas talian melalui platform Zoom Meeting bersama peserta WRT & WRS yang sedang menjalani latihan kemahiran konsultan kecantikan di Norz Beauty House Sdn Bhd.
Slot ini telah disampaikan oleh Tn Syed Syazwan Bin Tn Haji Syed Roslan, Eksekutif Bina Insan Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).
Peserta terdiri daripada beberapa warga negeri Perak yang sedang mengikuti program Transformasi Tenaga Kerja (WORKPRO) anjuran kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama PASAK & Perak Eclat TVET.
Perkongsian yang disampaikan adalah berfokus kepada tips pembinaan karakter yang cemerlang serta memantapkan sahsiah dengan sentiasa memuhasabah diri menjadi insan yang lebih baik dan terus bersama mengaplikasikan nilai positif dalam diri.
Diharapkan kepada para peserta yang sedang menjalani latihan – latihan kemahiran ini terus bersemangat serta cekal dalam menghadapi cabaran kehidupan daripada sudut dalaman dan luaran.
Terima kasih diucapkan kepada pihak penyedia latihan Norz Beauty House Sdn Bhd diatas memberi kerjasama dalam menyediakan ruang dan peluang kepada kami di pihak PASAK untuk memberikan pengisian berkait dengan modal insan kepada semua pelatih.
Terima kasih juga kepada para peserta yang terlibatsama didalam slot Bina Inspirasi Generasi pada kali ini.
Sungguh, anda insan hebat!
Syed Muhd Syazwan B. Syed Roslan
Eksekutif Bina Insan PASAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*