SLOT MOTIVASI : BINA INSPIRASI GENERASI (B.I.G) SECARA ATAS TALIAN

Pejabat PASAK – 13 NOVEMBER 2020, 10.30 Pagi

Slot Motivasi melalui program Bina Inspirasi Generasi telah berjaya diadakan secara atas talian melalui platform Zoom Meeting bersama peserta yang sedang menjalani latihan kemahiran jahitan langsir dan hiasan dalaman di Akademi Ilham Bestari.

Slot ini telah disampaikan oleh Tn Syed Syazwan Bin Tn Haji Syed Roslan, Eksekutif Bina Insan Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).

Peserta terdiri daripada beberapa warga negeri Perak yang sedang mengikuti program Transformasi Tenaga Kerja (WORKPRO) anjuran kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama PASAK & Perak Eclat TVET.

Perkongsian yang disampaikan adalah berfokus kepada membangunkan potensi diri dan memantapkan sahsiah dengan sentiasa memuhasabah diri menjadi insan yang lebih baik dan terus bersama mengaplikasikan nilai positif dalam diri.

Diharapkan kepada para peserta yang sedang menjalani latihan – latihan kemahiran ini terus bersemangat serta cekal dalam menghadapi cabaran kehidupan daripada sudut dalaman dan luaran.

Terima kasih diucapkan kepada pihak penyedia latihan Akademi Ilham Bestari diatas memberi kerjasama dalam menyediakan ruang dan peluang kepada kami di pihak PASAK untuk memberikan pengisian berkait dengan modal insan kepada semua pelatih.

Terima kasih juga kepada para peserta yang terlibatsama didalam slot Bina Inspirasi Generasi pada kali ini.

Anda memang insan hebat!

Syed Muhd Syazwan B. Syed Roslan
Eksekutif Bina Insan PASAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*