SKUAD RONDA TURUN KE SEMANGGOL DAN DUN SELINSING

SEMANGGOL – 12 OGOS 2020, 5.30 PETANG

Jelajah Kerjaya Skuad Ronda ‘Moh Kroje’ turun pula ke Semanggol dan Dun Selinsing pada hari kedua. Skuad Ronda menawarkan pendaftaran kerjaya, ‘Drop Resume’, pendaftaran Skim Latih & Kerja (WorkPro) dan pendaftaran kursus peningkatan & penambahan kemahiran.

PASAK menyeru kepada orang ramai khususnya yang hilang pekerjaan akibat musibah Covid19 untuk bersama dengan PASAK dalam membina kerjaya baru. Kami di PASAK akan terus menjalankan promosi khidmat yang ditawarkan dengan lebih bersungguh dan efektif demi membantu rakyat negeri Perak yang memerlukan.

Terima kasih kepada semua yang telah mendaftar dengan Skuad Ronda pada kali ini. Semoga usaha kami di PASAK mampu mengurangkan ataupun memberi sinar baru kepada mereka yang terjejas. Jangan lupa untuk teruskan mengikuti kami di media sosial untuk mengetahui lokasi Skuad Ronda seterusnya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*