Skuad Ronda Turun Ke Karnival Kerjaya Dan Kemahiran Jobsmalaysia

SLIM RIVER – 22 OGOS 2020, 9.00 PAGI

Skuad Ronda PASAK telah turun ke Slim River untuk memenuhi jemputan daripada JobsMalaysia bersempena Karnival Kerjaya dan Kemahiran JobsMalaysia. Karnival tersebut menawarkan sebanyak 9,045 peluang pekerjaan dari 25 majikan untuk pencari kerja di daerah Mualim.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata, Karnival sehari itu merupakan program berterusan untuk golongan pencari kerja selain bermatlamat menurunkan kadar pengangguran di negara ini. Skuad Ronda PASAK turut serta hadir dengan membawa peluang peluang kerjaya yang ada di negeri Perak beserta inisiatif yang disediakan oleh kerajaan Negeri.Terima kasih kepada semua yang telah mendaftar dengan Skuad Ronda PASAK pada kali ini.

Semoga usaha kami di PASAK mampu mengurangkan ataupun memberi sinar baru kepada mereka yang terjejas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*