Skuad Ronda Turun Ke Batu Kurau

BATU KURAU – 18 OGOS 2020, 9.00 PAGI

Skuad Ronda turn ke Batu Kurau. Khidmat yang diberikan oleh pasukan Jelajah Kerjaya Skuad Ronda ‘Moh Kroje’ pada kali ini adalah pendaftaran kerjaya, ‘Drop Resume’, pendaftaran Skim Latihan & Kerja (WorkPro) dan pendaftaran kursus peningkatan & penambahan kemahiran.

Program Jelajah Kerjaya ini bermatlamatkan pengumpulan maklumat pencari kerja di seluruh pelusuk negeri Perak dan penyaluran maklumat terus kepada rakyat mengenai inisiatif kerajaan negeri, promosi peluang pekerjaan dan latihan.PASAK menyeru kepada orang ramai khususnya yang hilang pekerjaan akibat musibah Covid19 untuk bersama dengan PASAK dalam membina kerjaya baru.

Kami di PASAK akan terus menjalankan promosi khidmat yang ditawarkan dengan lebih bersungguh dan efektif demi membantu rakyat negeri Perak yang memerlukan.Anda terlepas untuk pergi ke lokasi Skuad Ronda? Jangan lupa untuk teruskan mengikuti kami di media sosial untuk mengetahui lokasi Skuad Ronda seterusnya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*