Skuad Ronda @ Parlimen Parit Buntar (DUN Kuala Kurau)

PARIT BUNTAR – 26 OGOS 2020, 9.00 PAGI

Parit Buntar merupakan kawasan seterusnya oleh Skuad Ronda ‘Moh Kroje’. Antara khidmat-khidmat yang diberikan oleh pasukan Skuad Ronda ‘Moh Kroje’ pada kali ini adalah pendaftaran kerjaya, ‘Drop Resume’, pendaftaran Skim Latih & Kerja (WorkPro) dan pendaftaran kursus peningkatan & penambahan kemahiran dan pelbagai lagi.

Antara matlamat utama Program Jelajah Kerjaya ini adalah pengumpulan maklumat pencari kerja di seluruh pelusuk negeri Perak dan penyaluran maklumat terus kepada rakyat mengenai inisiatif kerajaan negeri, promosi peluang pekerjaan dan latihan.Bukan itu sahaja, Skuad Ronda juga akan turun ke kawasan awam seperti di pasar malam, ekspo dan pusat membeli belah bagi memastikan akses kepada rakyat digunakan sepenuhnya.

PASAK menyeru kepada orang ramai khususnya yang hilang pekerjaan akibat musibah Covid19 untuk bersama dengan PASAK dalam membina kerjaya baru. Kami di PASAK akan terus menjalankan promosi khidmat yang ditawarkan dengan lebih bersungguh dan efektif demi membantu rakyat negeri Perak yang memerlukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*