SKUAD RONDA @ PARLIMEN LENGGONG (DUN KOTA TAMPAN)

Lenggong, 20 MAC 2021

Skuad Ronda PASAK telah turun ke Pekan Sabtu Lenggong.. Antara khidmat-khidmat yang diberikan oleh pasukan Jelajah Kerjaya Skuad Ronda ‘Moh Kroje’ adalah pendaftaran kerjaya, ‘Drop Resume’, pendaftaran Skim Latih & Kerja (WorkPro) dan pendaftaran kursus peningkatan & penambahan kemahiran.
Program Jelajah Kerjaya bermatlamatkan pengumpulan maklumat pencari kerja di seluruh pelusuk negeri Perak dan penyaluran maklumat terus kepada rakyat mengenai inisiatif kerajaan negeri, promosi peluang pekerjaan dan latihan.
PASAK menyeru kepada orang ramai khususnya yang hilang pekerjaan akibat musibah Covid19 untuk bersama dengan PASAK dalam membina kerjaya baru. Kami di PASAK akan giat menjalankan promosi khidmat yang ditawarkan dengan lebih bersungguh dan efektif demi membantu rakyat negeri Perak yang memerlukan.
Anda terlepas untuk pergi ke lokasi Skuad Ronda? Jangan lupa untuk teruskan mengikuti kami di media sosial untuk mengetahui lokasi Skuad Ronda seterusnya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*