SKUAD RONDA KEMBALI LAGI! DUN SELAMA

SELAMA – 11 OGOS 2020, 5.30 PETANG

Skuad Ronda kini kembali lagi untuk turun ke Selama. Kepada semua pencari kerja, khidmat yang diberikan oleh pasukan Jelajah Kerjaya Skuad Ronda ‘Moh Kroje’ kali ini adalah pendaftaran kerjaya, ‘Drop Resume’, pendaftaran Skim Latih & Kerja (WorkPro) dan pendaftaran kursus peningkatan & penambahan kemahiran.

Pendaftaran untuk kali ini melibatkan 42 orang. Anda masih boleh mendaftar dengan menggunakan pautan https://bit.ly/daftarmohkroje . Sila nantikan kedatangan Skuad Ronda di Pasar Pagi Simpang Empat Gunung Semanggol pada 12 Ogos 2020 pada jam 7.00 pagi – 11.00 pagi dan juga Pusat Khidmat ADUN Selinsing pada hari yang sama pada jam 12.00 tengahari – 3.00 petang.

PASAK menyeru kepada orang ramai khususnya yang hilang pekerjaan akibat musibah Covid19 untuk bersama dengan PASAK dalam membina kerjaya baru. Kami di PASAK akan terus menjalankan promosi khidmat yang ditawarkan dengan lebih bersungguh dan efektif demi membantu rakyat negeri Perak yang memerlukan.Jangan lupa untuk teruskan mengikuti kami di media sosial untuk mengetahui lokasi Skuad Ronda seterusnya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*