SKUAD RONDA @ BERUAS (DUN PENGKALAN BAHARU)

PENGKALAN BAHARU – 8 OKTOBER 2020, 9.00 PAGI
Tiba sudah masa untuk Skuad Ronda PASAK turun ke dua tempat iaitu Pusat Khidmat Adun Pengkalan Baharu dan Pasar Malam Pekan Beruas.
Khidmat yang diberikan oleh pasukan Jelajah Kerjaya Skuad Ronda ‘Moh Kroje’ pada kali ini adalah pendaftaran kerjaya, ‘Drop Resume’, pendaftaran Skim Latih & Kerja (WorkPro) dan pendaftaran kursus peningkatan & penambahan kemahiran.
PASAK menyeru kepada orang ramai khususnya yang hilang pekerjaan akibat musibah Covid19 untuk bersama dengan PASAK dalam membina kerjaya baru. Kami di PASAK akan giat menjalankan promosi khidmat yang ditawarkan dengan lebih bersungguh dan efektif demi membantu rakyat negeri Perak yang memerlukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*