SESI TAKLIMAT KURSUS PERALIHAN TENAGAKERJA

IPOH – 6 OGOS 2020

Program Peralihan Tenagakerja merupakan program di bawah Tranformasi Tenagakerja yang merupakan inisiatif di bawah kerajaan Negeri Perak. PASAK dan Perak Eclat TVET telah dilantik sebagai sekretariat Jawatankuasa TVET yang akan melaksanakan program dalam usaha membantu mereka yang terkesan dengan akibat wabak Covid-19.

Terdapat 5 taklimat kursus yang telah dijalankan pada hari ini iaitu Kursus Multimedia, Kursus Animasi 3D, Penyelenggaraan Automotif, kursus Pramusaji dan Kursus Latihan Mengurangkan Air Tidak Berhasil.

Taklimat kursus ini telah dijalankan di 2 lokasi. Latihan Mengurangkan Air Tidak Berhasil telah dijalankan di Millenia Aqua Services Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat Lembaga Air Perak (LAP) manakala taklimat kursus yang selebihnya dijalankan di Haaza Centre of Excellence. Taklimat kursus yang dijalankan oleh Penyedia Latihan hari ni telah memberikan maklumat lengkap mengenai kursus serta gambaran awal tentang modul yang telah dipilih oleh peserta. Taklimat kursus yang dijalankan bermula dengan sesi pengenalan antara pihak syarikat, penyedia latihan dan peserta program.

Program Kursus Peralihan TenagaKerja ini merupakan program yang menyediakan kursus selama 1 bulan kepada peserta. Sekiranya peserta menunjukkan prestasi yang memberangsangkan sepanjang kursus berjalan, peserta akan diserap sebagai pekerja tetap di syarikat berkenaan. Taklimat yang dijalankan ini telah melibatkan seramai 43 peserta.

Diharapkan dengan adanya program seperti ini dapat membantu pekerja-pekerja yang terkesan akibat wabak Covid-19 serta memberi ruang dan peluang kepada pencari pekerja dalam meningkatkan ekonomi negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*