SESI TAKLIMAT KURSUS PERALIHAN TENAGAKERJA-PEMBUATAN ROTI

IPOH – 02 JANUARI 2021

Program Peralihan Tenagakerja ( WRT ) merupakan program di bawah Tranformasi Pekerjaan yang merupakan inisiatif di bawah kerajaan Negeri Perak. Taklimat kursus Pembuatan Roti yang dijalankan hari ni memberikan maklumat lengkap mengenai kursus serta gambaran awal tentang modul yang telah dipilih oleh peserta. Seramai 25 peserta bagi kumpulan pertama telah hadir kursus pada hari ini.

Peserta kursus adalah terdiri daripada golongan asnaf B40, peserta di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Perak (AADK) dan penyertaan daripada rakyat negeri Perak yang lain.Diharapkan dengan adanya program seperti ini dapat membantu rakyat negeri Perak serta peluang kepada pencari pekerja dalam meningkatkan ekonomi negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*