SESI SUAI KENAL YB SAIDI BERSAMA PESERTA PERINTIS KUMPULAN PERTAMA

Ipoh, 30 Sep 2021

Telah berlangsung Sesi Suai Kenal YB Saidi bersama peserta PERINTIS kumpulan pertama. Sesi beramah mesra dan perkongsian bersama YB Encik Ahmad Saidi bin Mohamad Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia bersama peserta-peserta program PERINTIS sebelum melapor diri pada 1 Oktober 2021 (Jumaat) di premis masing-masing.Program PERINTIS merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri Perak bagi membantu graduan lepasan ijazah, diploma dan sijil dari institusi kemahiran.Program PERINTIS merupakan program latihan di tempat kerja (On-The-Job-Training) atau OJT selama tiga (3) bulan memberi ruang dan peluang kepada peserta untuk mendapatkan pengalaman bekerja di dalam suasana alam pekerjaan sebenar.Seramai 19 peserta akan ditempatkan di 11 majikan yang telah berdaftar untuk program PERINTIS antaranya agensi atau syarikat swasta yang terlibat seperti Invest Perak, Institut Darul Ridzuan (IDR), Digital Perak, Global Sport Medical, Redhill Point Sdn Bhd, Haaza Centre Of Excellence dan beberapa lagi agensi/jabatan dan syarikat swasta.Semoga dengan program seperti ini dapat membantu seterusnya memberi ruang pekerjaan kepada semua peserta. Tahniah kepada semua yang berjaya & selamat berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*