SESI PERKONGSIAN BERSEMPENA IPOH YOUTH TOWNHALL

IPOH – 31 OKTOBER 2020
Sesi Perkongsian di antara En. Mohamad Fikri Bin Mohd Junit Pengurus Besar PASAK dan Prof Noorhana Yahya Ahli Lembaga Pengarah Perak ECLAT TVET bersempena Ipoh Youth TownHall.
Bertemakan Peluang Kerjaya dan Pendidikan, ahli panel berkongsi pandangan mengenai peluang – peluang pekerjaan di dalam Negeri Perak terutama di dalam bidang TVET.
Perkongsian dimulakan dengan gambaran kesan pasca covid-19 terhadap pertumbuhan ekonomi yang meningkatkan lagi kadar penganguran sedia ada di dalam Negeri Perak khususnya kepada para belia.
Terdapat beberapa sektor yang terkesan sepanjang covid ini dan di antara sektor-sektor yang amat terkesan seperti Perhotelan, Perkhidmatan dan Pengangkutan.
Terdapat juga sektor-sektor yang membangun dengan pesat semasa covid yang sedang melanda.
Para Belia serta Graduan di sarankan agar tidak memilih pekerjaan serta terus berdaya saing dalam membangunkan ekonomi kendiri.
Perak ECLAT TVET juga sedang melaksanakan Kajian permintaan peluang-peluang kerjaya untuk 10 tahun yang akan datang.
Kajian ini sangat penting bagi memberi pendedahan serta input tambahan kepada para Belia serta Para Graduan untuk merancang bagi menghadapi industri 4.0 yang sedang membangun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*