SESI DIALOG INDUSTRI 1

Ipoh – 16 Mac 2021
Sesi Dialog Industri Bersama YB Ahmad Saidi Mohd Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Boardroom, PTTC. Sesi ini dihadiri oleh 17 persatuan dan badan – badan industri perkilangan, pelancongan, perlombongan, pembinaan dan lain-lain.
Melihat kepada kadar pengangguran di kalangan rakyat Perak yang begitu menggusarkan. Oleh itu, sesi pertemuan pada kali ini adalah bertujuan untuk mendengar dan berkongsi berkenaan isu dan cabaran serta memikirkan solusi yang perlu dilakukan oleh pihak majikan dan kerajaan negeri Perak bersama-sama berkenaan penyaluran dan penawaran sumber manusia di negeri Perak.
Turut hadir Tuan Haji Misbahul Munir bin Masduki (Pengarah PASAK), Encik Fikri (Pengurus Projek PASAK), Perak Indian Chamber and Industry (PICC), Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Perak, Perak Chinese Chamber of Commerce and Industry (PCCCI), Persatuan Perlancongan Negeri Perak, Pelombong Bumiputera Negeri Perak dan ramai lagi. Pihak PASAK mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir.
Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu lebih ramai rakyat di negeri Perak terutamanya dan dapat melahirkan sumber manusia yang berkualiti dan terus berkhidmat di negeri ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*