SEMBANG SANTAI EXCO PENDIDIKAN BERSAMA MAHASISWA PERAK

Ipoh – 25 Januari 2021

Sembang Santai yang merupakan anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dengan usahasama Gerakan Mahasiswa Perak (GMPk) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Perak.Program ini dihadiri oleh Yang Berhormat Encik Ahmad Saidi Bin Mohamad Daud iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia dan moderator Saudara Asree Aziz iaitu Pengerusi GPMS Negeri Perak.

Antara perkara yang dibincangkan adalah inisiatif Kerajaan Negeri bagi bakal graduan, graduan serta mahasiswa, fokus Kerajaan Negeri terhadapa bidang TVET dan Revolusi Industri 4.0, bentuk-bentuk latihan kemahiran jangka masa pendek, reskill dan upskill dari segi softskill dan hardskill yang dianjurkan oleh pihak PASAK, serta program dan inisiatif di bawah Agensi Kerajaan yang lain seperti Yayasan Perak, STeP, SADC dan lain-lain.

Bukan itu sahaja, YB juga menyatakan harapan beliau selaku Exco Pendidikan kepada mahasiswa dan graduan agar tidak mengharapkan kerja dalam satu bidang sahaja tetapi melibatkan diri dalam pebagai bidang untuk mempersiapkan diri dalam pelbagai kemahiran bagi bagi persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan. YB Saidi juga menggalakkan mahasiswa agar menyertai seberapa banyak program di IPT, bagi mengasah softskill mahasiswa.

Program ini melibatkan peserta seramai 70 orang mahasiswa terdiri dari pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi di seluruh Malaysia. Mereka telah hadir ke program tersebut dengan menggunakan platform Zoom.Pihak PASAK mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini. Diharap agar program ini dapat memberikan manfaat kepada semua Mahasiswa Perak yang terlibat.

Muhammad Firdaus

Ketua Unit UPD,

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*